Quantcast
Channel: dePalmaSP
Viewing all 35 articles
Browse latest View live

Tips Mudah Elak Kucing Membuang Najis Merata-rata

$
0
0
Tips Mudah Elak Kucing Membuang Najis Merata-rata - Di kawasan perumahan yang saya tinggal, banyak kucing yang selalu datang untuk meminta makanan. Ayah kesian dengan kucing-kucing tersebut dan selalu menjamu mereka dengan friskies dari pelbagai brand. Ada juga kedengaran jiran yang kurang gemar dengan kucing-kucing yang selalu membuang najis di rumah mereka. Tak kurang juga dengan rumah kami juga dipenuhi dengan najis kucing di kawasan yang bertanah atau berpasir.

Oleh yang demikian, mak juga cuba melarang ayah untuk berhenti memberi makanan kepada kucing sebab takut jiran menyalahkan kami yang selalu menjamu kuicng-kucing terbiar. Tetapi, bila kesian, kami terpaksa memberi jugak.

Oklah point penting disini ialah saya nak berkongsi tips untuk elakkan kucing membuang najis atau kencing merata-rata di dalam atau diluar rumah yang saya perolehi dari sumber internet. Tips ini juga boleh menjadi panduan dan pengetahuan untuk saya dan anda semua. Semoga anda mendapat manfaat darinya.

Tips Mudah Elak Kucing Membuang Najis Merata-rata


1.Cuka


Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baru sahaja kencing, anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali, oleh itu anda perlu bertindak segera. Gunakan kain bersih untuk mengelap air kencing hingga kering. Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan menghilangkan bau dari air kencing kucing.


2.Toilet Traning


Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat.Saya takde pun mende tuh sbb saya suka kucing berak @ kencing ditempat2 tersorok diluar kawasan rumah.

3.Serai


Orang cakap bau serai adalah sejenis bau yang benar-benar tidak disukai oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering kencing di dalam rumah ataupun anda boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.

Langkah Undo Email Yang Tersalah Hantar (GMAIL)

$
0
0
Langkah Undo Email Yang Tersalah Hantar (GMAIL) - Fungsi undur hantar ini sememangnya saya perlukan kerana takut tersalah hantar email pada orang lain. Almaklumlah, sekarang adalah musim untuk memohon kerja setelah tamat pengajian di universiti. Di bawah diterangkan bagaimana untuk membolehkan anda jugak menggunakan fungsi ini. Tetapi, setakat ini saya hanya tahu untuk aplikasi Gmail saja. 

Pasti ramai daripada anda mengalami situasi di mana anda tersilap menghantar email kepada sesiapa sahaja terutamanya majikan atau klien. Situasi yang agak janggal ini sebenarnya boleh dielakkan jika anda tahu caranya.

Langkah Undo Email Yang Tersalah Hantar (GMAIL)


Tidak ramai orang tahu tentang fungsi  'Undo Send'. Ianya merupakan satu fungsi yang telah diperkenalkan kepada Google sejak tahun 2015. 'Undo Send' ini adalah ciri yang melengahkan penghantaran e-mel anda sejurus anda menekan 'Send'. Jadi anda akan mempunyai masa untuk memadam e-mel yang tersalah hantar tu.

Langkah-langkahnya tersedia di bawah:

1) Halakan cursor anda ke butang Settings dan cari perkataan Settings.



2) Tekan tab ‘General‘. Selepas itu, tekan ‘Enable Undo Send’ dan anda boleh membuat pilihan untuk masa yang tersedia sebelum email dihantar. Masa yang ditetapkan paling lama adalah 30 saat. Jika email yang dihantar sudak melepasi 30 saat, perkara yang perlu anda buat adalah tepuk dahi sahaja.


Selepas anda mengaktifkan fungsi ‘Undo Send’ ini, anda akan mendapat notifikasi “Your message has been sent” dan pilihan  ‘Undo’ atau ‘View’ setiap kali anda menghantar email.

Nampak Tak Ular Tersembunyi Dalam Gambar Ini?

$
0
0
Nampak Tak Ular Tersembunyi Dalam Gambar Ini? - Kebanyakan orang berjalan di dalam hutan tujuannya untuk mencari untuk hidupan liar. Gambar di bawah diambil oleh seorang yang pakar tentang ular telah membuktikan bahawa kita perlu menjadi seorang yang sangat peka bila berjalan di kawasan yang mempunyai ular berbisa.

Di suatu tempat, menerusi gambar ini menunjukkan gambar seekor ular yang bersedia untuk menyerang.

Agkistrodon contortrix


Dah jumpa ke belum?

Kalau belum jumpa dan menyerah kalah, jawapannya ada di SINI

Tips Tingkatkan Keyakinan Suami Jika Beliau Bergaji Kecil Berbanding Isteri

$
0
0
Jika Suami Bergaji Kecil , Cara Tingkatkan Keyakinan Suami Walaupun Beliau Bergaji Kecil- Assalamualaikum, saya tertarik untuk berkongsi dengan para pembaca mengenai persoalan jika suami bergaji kecil. Para isteri disarankan untuk membacanya di bawah.

Assalamualaikum

Ramai confessor dari kalangan isteri, dalam macam-macam page yang mempersoal tentang para suami yang kurang bertanggungjawab dari segi contribution gaji mereka dalam urusan keluarga. I can relate. Dan hari ini saya minta izin untuk ulas sikit tentang perkara ini, dari segi logic dengan mengenepikan emosi keperempuanan kita.

Sebelum tu, saya nak perkenalkan diri. Nama saya Alyah. Dari kecil, saya memang bercita-cita nak kahwin dengan lelaki yang mantap ekonominya sebab saya lihat sendiri betapa ayah saya selalu rendah diri dengan ibu yang gajinya jauh lebih besar. Selalu tengok ayah diri jauh-jauh di kaunter pembayaran lepas shopping sebab, ibu yang akan bayar semuanya.

Tingkatkan Keyakinan Suami Jika Beliau Bergaji Kecil Berbanding Isteri


Ayah selalu segan dengan nenek dan ibu pula selalu persoalkan mana gaji ayah pergi.Selalu tengok ayah buat macam-macam kerja tambahan sebab nak tambah perbelanjaan keluarga. Masih juga tak cukup dan menandingi gaji ibu. Pada saya, lelaki perlu memegang ekonomi keluarga, barulah dilihat sebagai ketua keluarga. Pemikiran waktu kecil,dahulu.

Sehinggalah saya dewasa dan ditakdirkan berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih rendah ekonominya. Dengan gaji saya sebagai eksekutif swasta, RM8K berbanding suami yang bergaji RM2K. Jujur saya mengahwininya kerana sikapnya yang serba sederhana dan berakhlak mulia.

Lalu saya terfikir semula, bagaimana saya boleh berlapang dada dengan contribution gaji suami yang sedikit dalam urusan keluarga kecil kami, dengan anak yang baru lahir.

Dalam masa yang sama, tidak mahu suami merasa rendah diri dengan perbezaan gaji kami. Dan bagaimana mahu mengangkat suami supaya merasa confident menjadi ‘pemegang ekonomi keluarga’

1.Suami mengambil peranan membayar rumah sewa dan bil (sekitar RM900). (45 peratus daripada gajinya) Belum termasuk dengan hutang keretanya, duit kepada ibu dan ayah di kampung serta lain-lain. Dan suami juga turut memberi duit poket kepada saya sebanyak rm50 setiap bulan. Kerana katanya dia tak mahu hilang keberkatan gaji. (sebenarnya sedih sangat waktu nak terima duit ni sebab saya tahu suami berkorban makan lunch lauk yang murah-murah saja seperti tempe dan kuah). Pernah juga terfikir untuk tak mahu ambil, tapi end up saya simpan semua duit suami untuk kegunaannya jika dia memerlukan.

2.Saya mengambil peranan untuk membeli barang dapur, barang-barang baby, duit minyak dan tol jika travel bersama (kami sering travel jauh kerana kampung kami di utara), belian runcit dan apa sahaja selain yang suami bayar (sekitar 1.5k)(19% daripada gaji saya)
Di sinilah saya perlu berlapang dada dengan fakta. Walaupun jumlah yang diberi oleh suami kelihatan lebih kecil berbanding contribution saya(950 vs 1500), tetapi suami telah mengorbankan hampir separuh gajinya (45%) untuk urusan keluarga, berbanding saya yang hanya 19%. Itupun selepas ditolak dengan komitmen lain, suami hanya tinggal sekitar RM250 untuk dirinya sebulan.
Sungguh besar pengorbanan suami.

Jadi, tidak sukar untuk BERLAPANG DADA kan? Mari ucap Alhamdulillah 

Settle part lapang dada. Sekarang, macamana kita nak buat suami rasa confident pula dan kelihatan sebagai pemegang ekonomi keluarga?

Memandangkan suami ada banyak bank dan ada yang tidak digunakan, kami sepakat untuk gunakan bank suami itu sebagai ‘transit’ pembiyaan bulanan keluarga kami. Maksudnya,setiap bulan, suami akan transfer RM950 ke akaun itu, dan saya pula akan masukkan RM1.5k. Suami yang akan buat pembayaran online untuk urusan sewa dan bil, dalam masa yang sama, suami yang akan withdraw duit dan pegang duit untuk urusan shopping dan lain-lain, daripada bank itu.

Saya lihat, confident suami bertambah selepas kami decide buat macamni. Suami tidak rasa malu-malu seperti ayah saya dulu yang terpaksa diri jauh-jauh dari kaunter sebab tak mampu bayarkan barang-barang kami sekeluarga. Suami kita ada pride mereka sendiri. Jagalah air muka suami, kerana semua suami bercita-cita untukjadi HERO keluarga.Jika tak mampu di mata isteri, mungkin mampu di mata anak-anak, atau sekuarang-kurangnya di mata adik cashier. Tapi dimata saya, suami tetap hero kerana dia dah korbankan banyak untuk kami. Makan pakai apa yang ada. Sedihnya.

Saya dapat rasakan, keadaan keluarga dilihat semakin bahagia,suami lebih ceria kerana rasa begitu dihormati (sebab beri peluang dia urus duit), rasa ada ‘kuasa’ untuk kawal urusan kewangan keluarga.

Jadi, yang saya nak highlight di sini;

UNTUK SUAMI

1.Jangan rendah diri jika gaji tidak setanding isteri. Bawalah berbincang dan terus terang dengan isteri pembahagian kewangan anda. Keluarkan fakta by percent, bukan amount.
2.Carilah keberkatan dengan beri nafkah pada orang tua dan isteri. Walau sedikit. Ulang suara, walau sedikit. ISteri akan sangat menghargai dan jatuh cinta setiap bulan, berkali-kali kepada anda.
3.Jangan salah guna kepercayaan isteri jika nanti dah ada akaun transit tu. Serius.

UNTUK ISTERI

1.Jodoh kita ialah sebaik-baik yang Allah tentukan. Gaji suami bukan ukuran penentu kebahagiaan. Suami kita bukan tak mahu gaji besar. Tapi dia belum ada rezeki lagi. Sebagai isteri, kitalah yang perlu doakan sungguh-sungguh.
2.STOP compare gaji suami kita dengan suami orang lain. STOP menonton filem-filem melayu yang suami dia beri macam-macam pada isteri; emas permata, belian, percutian. Itu semua sejenis penipuan dunia saja. Nanti kita akan terasa macam kitalah isteri paling malang di dunia ini. Sobsss
3.Selalu ingat part PERCENT tu. Percayalah anda akan jadi sebak sangat sebab terasa macam suami begitu mementingkan kita dan anak-anak sebab hanya picisan gaji sahaja yang tinggal untuknya untuk survive ke bulan seterusnya.
4.Pengorbanan kita, anggaplah sebagai ibadat. Biar Allah kira. Saya sayang para isteri yang berlapang dada dan redha dengan kekurangan suami,kerana Allah Taala.

UNTUK BOTH

1.Urusan KEWANGAN keluarga sangat perlu berterus terang. Kalau gagal komunikasi di sini, ia akan menggoncang rumah tangga kelak.

Salam-rumahtangga-bahagia-milik-semua
wink*wink*

– Alyah

SUMBER

Pemandu Teksi Limousine Bertekak dengan Pemandu Grab (VIDEO)

$
0
0
Video Pemandu Teksi Limousine Bertekak dengan Pemandu Grab - Assalamualaikum, sudah sekian lama kerajaan telah mengiktiraf perkhidmatan Uber dan Grab. Tetapi, kebanyakan kawasan yang masih ramai pemandu Teksi yang masih kurang faham apa sebab orang ramai sukar dan tak mahu menggunakan perkhidmatan teksi.

Di bawah merupakan video pemandu teksi Limousine bertekak dengan pemandu Grab.


Apa sebenarnya yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah ini?
Sila beri pandangan yang munasabah

Cara Cover Kaki Terpeleot Semasa Joging

$
0
0
Cara Cover Kaki Terpeleot Semasa Joging - Assalamualaikum, aduh lama pulak tak menulis blog. Lebih 6 bulan tak tulis nie. Sibuk dengan pelbagai benda. Bila dah terima email dari Innity macam nak tarik balik akses iklan terpaksa la cari juga artikel nak cover. ?



Rata-rata mesti ramai pernah joging kan. Mesti ada sekali dua macam nak jatuh terjelopok. Ada yang jatuh terus sampai nak cover pun dah tak boleh. Video kat bawah ni dia tunjuk cover baik punya. Jom tengok video kat bawah.


Murid Tadika Beriya Nak Balik Hari Pertama Persekolahan (VIDEO)

$
0
0
Murid Tadika Beriya Nak Balik Hari Pertama Persekolahan - Assalamualaikum, Hari pertama sekolah memang tak sah kalau tak ada yang menangis, tidak kiralah masuk darjah satu atau tadika malahan tingkatan satu sekalipun. Bukan itu saja, malah ada yang meraung-raung, tak mahu makan, tak mahu belajar, dan ada yang buat aksi-aksi pelik sebagai tanda protes. Ingat kan insiden sampai tersangkut kepala di kerusi?



Haa.. Jangan gelak sangat ya. Kalau diingat dahulu, zaman sekolah kita sama saja macam tu! Dalam diam-diam pun mesti ada rasa sedih bukan kepalang sebaik saja mak ayah hilang dari pandangan.

Di bawah merupakan video terbaru dan terjadi di sebuah tadika.

Baca Ayat Ini 7 Kali Selepas Solat Fardhu, Moga Allah Bantu..

$
0
0
Baca Ayat Ini 7 Kali Selepas Solat Fardhu, Moga Allah Bantu.. - Assalamualaikum.
Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah .




1.Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat
2.Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia
3.Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan
4.Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan
5.Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar
6.Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya
7.Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan

Untuk dipermudahkan hafazan:
.
Ayat 128
“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”
.
Ayat 129
“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”
.
Erti ayat 128
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
.
Erti ayat 129
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.

Siapa nak beramal? Silakan... Lebih mujarrab jika memohon keizinan..
Sila komen "izinkan saya beramal" dan add & follow Facebook Mustaman Bin Mustafa.. Nantikan Amalan-amalan yang terbaik insyaallah...


Tanda-tanda Rumahtangga Terkena Sihir (Doa Elak Sihir)

$
0
0

Tanda-tanda Rumahtangga Terkena Sihir (Doa Elak Sihir) - Assalamualaikum pembaca blog ini, walaupun Malaysia telah maju sekarang, masih ada segelintir masyarakat yang masih mengamalkan ilmu hitam semata-mata disebabkan dendam, nafsu dan lain-lain. Di bawah mereupakan bebenang yang dikongsi oleh saudara Risz Wel mengenai langkah mengenal bagaimana jika hubungan suami isteri diganggu sihir.


Banyak orang tertanya-tanya bagaimanakah tanda tanda sebuah hubungan suami isteri yang terkena sihir.. Sebelum kita pergi lebih dalam lebih baik kita faham maksud sihir itu sendiri dahulu.


Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara drastik tanpa diketahui sebabnya. Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan syirik.



Antara tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir:

1. Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan kelamin. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya.

2. Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.

3. Isteri (atau ada juga suami) yang berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.

4. Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.

5. Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.

6. Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.

7. Suami/isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.

8. Suami/isteri beberpa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.

9. Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.

Sekiranya ada banyak daripada tanda-tanda di atas, ADA KEMUNGKINAN suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir.

Doa Elak Sihir Tafriq ( Pemisah Suami Isteri)


Doa ini jika diamalkan selain dapat mengelak sihir tafriq, sebagai doa mengekalkan kebahagiaan rumahtangga sehingga akhir hayatnya kecuali berpisah kerana kematian.

Nota kaki : Semoga jika anda ada perasaan seperti yang diterangkan seperti di atas, silakan mengamalkan ayat yang diberikan. Jika rasa masih tak mencukupi, anda bolehlah berjumpa dengan pakar-pakar rawatan Islam yang sah.


SUMBER

Punca PRU 14 Jatuh Hari Rabu

$
0
0
Punca PRU 14 Hari Rabu - Secara rasminya pilihan raya umum ke 14 jatuh pada 9 Mei 2018. Ramai complain kenapa pilihan raya pada hari Rabu tetapi tidak ramai faham kenapa pilihan raya dipilih pada 9 Mei dari sudut Metafizik.

Punca PRU 14 Jatuh Hari Rabu

Baca dibawah rumusan Metafizik nya.


09 05 2018


Cuba campurkan semua.


0+9+0+5+2+0+1+8 = 25


2+5 = 7


No 7 adalah no kekuatan. Sebagai contoh ramai player bola yang power menyarung jersey no 7. Tak perlulah saya tulis nama pemain bola berjersey no 7. Kalau korang nak tahu no jersey kegemaran dato seri najib no 11. Tapi beliau adalah Presiden Umno yang ke 7.

Fikir fikir kan lah.


Sambung BACA yang bawah ni




Kisah Pengalaman Seorang Tukang Gantung Yang Ramai Orang Tak Tahu

$
0
0
Kisah Pengalaman Seorang Tukang Gantung Yang Ramai Orang Tak Tahu - Pengalaman ini diceritakan sendiri oleh seorang pekerja hukuman tali gantung. Kami bertanya betulkah ada orang yang digantung berkali-kali tak mati. Tak sangka lelaki ini dedahkan cerita pengalaman sendiri beliau mengantung banduan..Ngeri...

Kisah Pengalaman Seorang Tukang Gantung Yang Ramai Orang Tak Tahu


Masa jadi wartawan jenayah dulu, saya bersahabat dengan seorang pegawai penjara yang ada ‘tugas tambahan’ – TUKANG GANTUNG.

Besar orangnya, misai tebal. Katanya bukan senang nak isi jawatan ini kerana pelbagai faktor diambil kira termasuk latar belakang dan sejarah kewangan pemohonnya. Hah, sejarah kewangan? Ya, kata pegawai tadi.

Memang jadi tradisi Jabatan Penjara tak akan ambil pegawainya yang banyak hutang untuk isi jawatan Tukang Sebat atau Tukang Gantung. Kata pegawai tadi, nak sebat orang dengan nak gantung orang kena profesional, ia tidak boleh dipengaruhi emosi dan masalah peribadi!

OK. Kemudian aku tanya pegawai tadi, ramai tak yang memohon jadi Tukang Gantung. Jawabnya tak ramai. Ini kerana benda paling ‘scarry’ lepas gantung pesalah ialah di saat hendak melonggarkan tali gantung itu dari leher si mati selepas hukuman itu dijalankan.

” Masa nak longgarkan tali gantung itu, selalunya mayat akan ‘sendawa’…akan ada bunyi seperti ‘erkkkkkk’ keluar dari mulutnya….memang kalau tak biasa confirm kita akan lari tak cukup tanah. Sebenarnya bukan sendawa dalam erti kata yang sebenarnya tetapi ia adalah angin yang keluar dari tubuh si mati,” kata pegawai tadi.

Saya juga tanya pada pegawai tadi, berapa lama si pesalah ini akan ‘menggelupur’ tercekik sebelum meninggal dunia, pegawai tadi kata sebenarnya punca kematian pesalah yang digantung bukan kerana TERCEKIK seperti yang difikirkan semua orang.

Katanya, yang menyebabkan kematian itu adalah kerana tulang lehernya patah, bukan kerana jerutan tali gantung itu.

” Selepas platform itu terbuka, pesalah akan jatuh ke bawah dan tali gantung itu akan menyebabkan tulang lehernya patah, ini sekaligus akan menyebabkan pesalah itu mati dan ia cuma mengambil masa beberapa saat untuk dia menemui ajal. Leher pesalah pun takkan luka kerana tali itu dibalut dengan kulit, lebam tu adalah.

Lagi satu kena ingat, pesalah yang telah menjalani hukuman mati ni tak perlu bedah siasat (post mortem). Keluarga atau waris dah boleh terus tuntut, kalau tiada, kita sendiri uruskan pengkebumiannya,” kata pegawai tadi.

Mengenai makanan terakhir untuk pesalah, pegawai tadi berkata, memang Jabatan Penjara akan cuba sedaya mungkin memenuhi permintaannya. Walaupun adakalanya lebih dari RM7.50 (kos yang ditetapkan), tetapi kalau dia teringin sangat pihak penjara tetap akan cuba memenuhi permintaannya.

” Selalunya depa dah tak lalu nak order apa dah. Banduan Islam pula selalunya dah mula puasa,” kata pegawai yang bukan beragama Islam itu.

Saya juga diberi peluang masuk ke sel banduan akhir di Penjara Kajang. Biliknya luas. Bersih tetapi sunyi. Banduan akhir ini dikenali sebagai BA tetapi di kalangan banduan mereka dikenali sebagai ‘BANDUAN AGONG’.

Ini kerana mereka diberi banyak keistimewaan termasuk tak perlu bekerja seperti mana banduan lain. Malah setiap banduan, tak kira agama, diberi peluang untuk belajar agama mengikut kepercayaan masing-masing.

Saya pernah tanya pegawai @ tukang gantung tadi, betul ke ada cakap-cakap orang kat luar sana yang kononnya ada banduan yang pernah digantung tetapi tidak mati, sehingga terpaksa digantung untuk kali kedua.

” Kalau dengar cakap orang di luar sana, ada 1,001 satu cerita yang karut marut. Setakat ini, sebut saja siapa penjenayah terkenal atau kononnya hebat, semua yang saya gantung mati ‘sekali jalan’. Memang boleh ketawa kalau dengar cakap orang,” katanya sambil tersenyum.

Beliau kemudiannya mempelawa saya untuk melihat bilik gantung. Saya menolaknya dengan baik. Kemudian beliau menambah: ” Jangan risau Encik Syahril, kalau pun encik nak tengok, saya TAK AKAN bagi kecuali encik sendiri ‘masuk senarai’ heheheh ”

Saya hanya tersenyum. ‘Ngeri’ pulak lawak mamat ini, huh!

Dipetik dari Facebook Syahril A. Kadir

Sumber: therakyatpost.my Via Suaramedia

Bahaya! Rupanya Ramai Rakyat Malaysia Alami Kemurungan Yang Teruk

$
0
0
Ramai Rakyat Malaysia Alami Kemurungan Yang Teruk - Baru-baru ini terdapat beberapa kes bunuh diri dan cubaan bunuh diri yang berlaku di beberapa kawasan di Malaysia. Ramai yang berpendapat bahawa mengambil tindakan u ntuk membunuh diri ini sebagai satu tindakan yang bodoh.

murung


Beberapa kes yang berlaku pula melibatkan mangsa yang beragama Islam. Adakah mereka sudah tidak ingat pada Tuhan? Adakah mereka sudah tidak beriman? Atau mereka mengalami masalah yang mendorong mereka mengambil keputusan singkat tersebut.

Penulis terbaca satu komen dari sebuah laman Facebook Sukan Star Tv dimana laman Facebook tersebut memuat naik video seseorang yang dipercayai terjun dari 'flyover' sebelum dilenyek sebuah kereta. Orang itu dikatakan mangsa bunuh diri.

Komen yang diberikan oleh Muhsin Zaidi seorang yang memiliki lulusan Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kini bertugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di Hospital Serdang, Selangor.

Menurut beliau, menurut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 29.2% rakyat Malaysia mengalami masalah kesihatan mental dan kebanyakkanya mengalami Major Depressive Disorder (Depression).

Pesakit yang mengalami depression akan sentiasa mencari jalan untuk mati kerana mereka akan merasakan sudah tiada sebab untuk mereka terus hidup di dunia ini.

depression malaysia


Tuan Muhsin Zaidi juga ada menguruskan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Malaysian Mental Care Association (MeCare) yang membantu penghidap Depression. Boleh ikuti mereka melalui laman Facebook Malaysian Suicide Alert.

Berikut adalah kenyataan penuh dari Muhsin Zaidi  tentang bunuh diri yang boleh membuka mata masyarakat terhadap kes bunuh diri yang berlaku di sekitar kita. Semoga bermanfaat.

Sorry nak mencelah. Disebabkan saya activist yang membantu orang dari membunuh diri, saya rasa agak terkilan baca komen-komen di sini.

Bunuh diri bukanlah benda baru. Ia berlaku dari dulu lagi. Bunuh diri ni tak semestinya ornag normal je yang buat. Banyak faktor lain kita kena tengok sebelum kita tuduh orang mati masuk neraka ke apa. Memang ada orang mati bunuh diri walaupun tiada masalah mental, tapi sangat sedikit dan rasanya sangat jarang berlaku.

Kajian terbaru dari KKM menunjukkan sekarang 29.2% rakyat Malaysia mengalami masalah dengan kesihatan mental dan kebanyakkannya adalah Major Depressive Disorder (depression).
Depression ni satu penyakit kronik, bukan penyakit main-main atau dibuat-buat. Pesakit yang alami depression akan mengalami masalah untuk terus hidup. Dia sentiasa rasa dia perlu mati. Masalah yang menjadi punca bukan sebab dia takde agama, tak ingat syurga neraka atau apa, tapi kegagalan otak dia untuk berfikir dan buat keputusan. Senang cakap dah tak waras. Masalah depression ada kaitan dengan fungsi otak, bukan masalah kurang iman atau apa.

Pesakit depression ni akan sentiasa cari jalan untuk mati. Dalam keadaan ini, jangan marah dia. Dia dah tak berapa sedar. Sebaliknya bawak dia jumpa doktor dan makan ubat. Ada ubat untuk bantu dia kembalikan fungsi otak dia, dan insyaAllah dia akan kembali dapat berfikir dengan normal. Orang normal takkan ada keinginan nak bunuh diri, tambah2 kalau Islam. Kalau dia ada niat nak bunuh diri, maknanya dia ada masalah berkaitan mental.

Penyakit depression ni boleh develop satu fasa yang teruk iaitu psychosis. Bila dia dah masuk fasa psychosis ni, fkiran dia dah takde kat dunia ni. Dia keliru mana satu betul mana satu halusinasi. Memang dah tak waras dah.
Dan kita kena ingat, Islam tak hukum orang yang tak waras. Mereka tak minta dapat penyakit macam tu. Jangan kita sesuka hati menuding jari dan menjatuhkan hukum. Kita kena sedar, hampir 1/3 rakyat malaysia ada masalah mental sekarang. Tak mustahil esok lusa ahli keluarga kita pulak yang akan dapat penyakit ni dan cuba bunuh diri. Mungkin masa tu baru kita akan paham betapa hancurnya hati baca komen kata ahli keluarga kita yang mati tu takkan masuk syurga.

Wallahualam

JSU FIZIK

$
0
0
CONTOH
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN & PEMBAHAGIAN TUGAS 
BAGI MATA PELAJARAN FIZIK

PAPER 1 4531/1



Topic


Question
No

Construct


Knowledge

Understanding

Application

Panel



ITP

1

X







2

X







3



X







F
& M




4





X



5

X







6



X





7



X





8



X





9



X





10



X





11



X







F
& P




12

X







13



X





14



X





15





X



16



X





17

X







18



X






Heat




19

X







20



X





21





X



22



X





23



X






Light




24





X



25



X





26





X



27



X





28



X







Wave




29



X





30



X





31

X







32



X





33

X







34

X








Electricity




35



X





36

X







37



X





38





X





Electromagnet




39



X





40



X





41





X



42



X





43



X






Electronics




44



X





45



X





46



X





47



X






Radioactivity




48

X







49





X



50



X





PAPER 2 4531/2


Part

Question No.

Construct

Marks distribution

Total marks

Topic

PANEL

A

1

PF01
KF01

2
2

4

Measurement



2

PF01
KF01
KF02

1
1
3

5

F&M – Work, Energy



3

PF01
KF01
KF02

1
1
4

6

Electronics



4

PF01
KF01
KF02

1
2
4

7

Heat



5

PF01
KF01
KF04

1
2
5

8

F&P- Pressure in liquid



6

PF01
KF01
KF04

1
2
5

8

Waves



7

PF01
KF01
KF02
KF03

1
1
2
6

10

Light



8

PF01
KF01
KF05

1
4
7

12

Electricity



B

9

PF01
KF01
KF04
KF03

1
4
5
10

20

F&M –Linear motion



10

PF01
KF01
KF04
KF03

1
4
5
10

20

Electromagnet



C

11

PF01
KF01
KF05
KF02

1
4
10
5

20

F&P – Prinsip Bernoulli



12

PF01
KF01
KF05
KF02

1
4
10
5

20

Radioactivity



TOTAL MARKS

100

100








PAPER
3 4531/3


Part

Question No

Construct

Marks distribution

Topic

Panel



1

KF 03

16

F&M



2

KF 03

12

Light





3

KF 03

12

F&P



4

KF 03

12

Electromagnet





Total Marks

40







CONSTRUCT

MEANING

PF01

KNOWLEDGE

KF01

UNDERSTANDING

KF02

APPLICATION

KF03

PROBLEM SOLVING

KF04

CONCEPTUALIZE

KF05

DECISION MAKING

Budak 9 Tahun Drift Lexus IS

$
0
0
Budak 9 Tahun Drift Lexus IS -  Malam-malam ni tak tau nak buat apa..jumpa video budak ni drift. layan jer la..




Nombor Akaun Tabung Harapan Malaysia Telah Dihebahkan Kepada Umum

$
0
0

Nombor Akaun Tabung Harapan Malaysia Telah Dihebahkan Kepada Umum - Kerajaan akan menubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk menerima dana daripada rakyat yang ingin membantu kedudukan kewangan kerajaan.

Perkara itu diumumkan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu sidang media khas yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri, sebentar tadi.

Menurut Dr Mahathir, inisiatif itu adalah susulan inisiatif patriotik rakyat yang ingin membantu menyelesaikan hutang negara.

“Terdapat ramai rakyat yang apabila diketahui kedudukan kewangan negara sudah menjadi begitu buruk, mereka sanggup untuk memberi derma kepada kerajaan.


tabung harapan malaysia derma

“Kita mengalu-alukan sikap patriotik mereka ini, dan kita mengucapkan terima kasih kepada mereka," kata Dr Mahathir.

Menurutnya, kutipan dana tersebut akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan.

“Bagi menentukan derma-derma ini sampai kepada pihak yang bertanggungjawab, kerajaan akan menentukan semua derma ini diberi kepada Kementerian Kewangan," jelas beliau.

Tambah Mahathir lagi, maklumat akaun akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini menyebut bahawa sumbangan kepada tabung tersebut boleh disalurkan melalui akaun Maybank 566010626452 atas nama Tabung Harapan Malaysia.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan bahawa hutang negara mencecah RM1.08 trilion atau 80.3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia setakat 31 Disember 2017.

p/s : Bagi yang ingin membantu kerajaan baru, silakan.

Viewing all 35 articles
Browse latest View live