Quantcast
Channel: dePalmaSP
Viewing all 35 articles
Browse latest View live

Bermodalkan RM300 Wanita Berjaya Bergelar Jutawan

$
0
0
Bermodalkan RM300 Wanita Berjaya Bergelar Jutawan - Dilema untuk bekerja? Ya, ramai wanita hari ini lebih memilih untuk berbisnes dari rumah demi menjaga anak-anak sendiri. Tetapi nak berdiri teguh dalam dunia bisnes kena ambil tahu rahsia dan petuanya. Bagi anda yang berminat untuk mulakan bisnes, anda boleh gali kejayaan seperti wanita ini.

Pastinya kegagalan dalam melayari perkahwinan pertama membuatkan Datin Amyera Zainal Abidin, 27 tahun, serik untuk berkahwin lagi. Namun siapa dirinya untuk menidakkan takdir. Keputusan yang diambil juga bukan satu perkara yang mudah. Selain diri sendiri, beliau juga memikirkan penerimaan keluarga dan anak tunggalnya, Aryyan Rizqin, 6 tahun.


Jujur sekali, beliau menerima Dato’ Shahrul Nasrun Dato Haji Kamarudin, 30 tahun, kerana anaknya. Layanan Dato’ Shahrul Nasrun yang tidak berbelah bahagi kepada anaknya membuatkan Datin Amyera jatuh hati. Malah hingga ke saat ini, diakui Arryan sangat rapat dan manja dengan suaminya.

“Saya memang seorang yang garang, jadi suami yang banyak manjakan anak. Sebab itu mereka boleh jadi rapat. Biar pun manja, tapi Aryyan tetap menghormati suami saya sebagai bapa. Mereka seolah-olah kawan baik bila bersama,” ceritanya satu persatu.

Bisnes Ni Kena Mula Dari Minat

Datin Amyera sangat obses dengan penjagaan kulit wajah dan kesihatan tubuh badan. Jadi, dia memilih untuk memulakan perniagaan berasaskan kecantikan. Sememangnya sejak di bangku sekolah lagi, memang minat berbisnes. Cuma di peringkat awal beliau agak terbatas untuk memulakan perniagaan kerana tiada modal.

Namun, tidak terhenti di situ sahaja, beliau tetap memajukan langkahnya untuk terus berniaga. Memulakan perniagaan dengan menjual produk kecantikan menerusi laman sosial, Instagram kepada rakan terdekat dan pusat perniagaannya hanyalah di rumah. Lama-kelamaan produk jenama Amyera Beauty mula dikenali ramai.

Di peringkat awalnya, dirinya mencuba sendiri produk tersebut di kulit wajahnya. Datin Amyera sebenarnya sangat teliti dalam penjagaan kulit wajah. Tetapi, disebabkan kulitnya berjerawat, beliau mula mencari alternatif baru untuk menyelesaikan masalah kulitnya.

Setelah mencuba dan melihat keberkesanannya, Amyera dapat merasakan produk ini dapat pergi jauh dan mampu membantu wanita yang mengalami masalah yang sama sepertinya. Menggunakan bahan-bahan organik dalam penghasilan produknya membuat pengguna tidak akan mengalami sebarang kesan buruk.


“Mula-mula, saya hanya ada modal RM300 sahaja untuk mulakan bisnes. Saya buat kecil-kecil dari rumah. Saya ambil bahan mentah sendiri, kemudian bungkus sendiri di rumah. Tiada kotak khas, saya hanya letakkan dalam uncang kerana nak jimat kos.

“Saya terkejut kerana tidak sangka perniagaan yang pada mulanya kecil-kecilan, melebihi apa yang saya jangkakan hari ini. Mungkin kerana produk ini tidak mengandungi bahan terlarang, ia menjadi pilihan ramai. Kulit tidak mengelupas sebaliknya lama-kelamaan menjadi lebih cerah dan licin. Semoga Amyera Beauty semakin mendapat perhatian ramai,” katanya mengimbau kenangan lalu.

Adat perniagaan, pasti ada pasang surutnya. Setelah produknya makin diyakini ramai dan mendapat permintaan di seluruh negara, timbul pula ujian pada dirinya. Produknya diklon oleh insan yang tidak bertanggungjawab. Dirinya sangat kecewa saat itu dan hampir rebah. Mujurlah ramai pelanggannya bijak membezakan produk asli dan tiruan.

Sebagai langkah promosi dan mengukuhkan jenama produknya, akhirnya Datin Amyera memanjangkan langkahnya dengan mengiklankan produknya di majalah dan televisyen. Sejak itu produknya makin kukuh. Selain produk kecantikan wajah, Amyera kita turut memperbanyakkan produknya termasuklah skincare, suplemen dan minuman kesihatan.

“Menjadi jutawan dalam usia 25 tahun hasil titik peluh sendiri merupakan pengalaman manis buat saya. Saya juga tidak sangka saya mampu berdiri hingga ke tahap ini. Mampu membeli kereta idaman dan rumah sendiri adalah kebanggaan buat saya,” jelasnya lagi.

Nampak sibuk dengan dunia bisnes tetapi wanita dari Kelantan ini mampu membahagikan masa untuk keluarga tersayang, apa rahsianya anda boleh ketahui cerita penuh dalam majalah Mingguan Wanita bilangan 1725 (9-15 Disember 2016) yang sudah ada di pasaran.

Penjaga Kucing Belanja RM85K Sebulan

$
0
0
Penjaga Kucing Belanja RM85K Sebulan - Seorang pengumpul barangan antik di Malaysia dan isterinya begitu sayangkan kucing, hingga kini menjaga bukan dua atau tiga ekor, tetapi 1,870 ekor kucing di rumah banglo mereka di Kuala Terengganu.

Bahkan, Manan Embong, 63 tahun berkata kepada akhbar New Straits Times (NST) bahawa beliau menghabiskan lebih RM85,000 (S$27,480) sebulan untuk membeli makanan, ubat, sangkar dan membersihkan najis kucing-kucing itu.



Menurut Encik Manan, beliau dan isterinya, Hasnah Din Mohamad, 60 tahun, juga menerima kucing-kucing yang perlu dijaga buat sementara waktu tanpa mengenakan sebarang bayaran. Ini meskipun biasanya bayaran RM18 (S$6) dikenakan untuk haiwan-haiwan itu dijaga buat sehari di pusat perlindungan haiwan.

Menurut NST, pasangan itu mula menjaga 40 kucing pada 1990, dan jumlah itu bertambah kepada 113 pada 1998 hingga mereka berpindah ke banglo di Jalan Ibrahim kini.

Jumlah kucing yang dijaga mereka terus bertambah - mereka membawa masuk kucing jalanan yang datang ke rumah mereka, kucing yang dibawa ke rumah mereka, dan kucing-kucing yang sakit yang ditemui di tepi jalan.

SIMPAN KUCING DALAM 800 SANGKAR DI BANGLO

Kini, kebanyakan kucingnya itu disimpan dalam 800 sangkar di banglo tersebut.

Kata Encik Manan kepada NST, beliau tidak pernah menyesal menjaga begitu ramai kucing dan ia bukan satu hobi, tetapi sesuatu yang amat ingin dilakukan mereka berdua.

Ini lebih-lebih lagi kerana Nabi Muhammad sendiri cinta dengan kucing, katanya.

"Ramai rakan saya fikir isteri saya dan saya ini gila, tetapi saya suka sangat melakukannya kerana Nabi Muhammad cintakan kucing.

"Jika anda membaca hadith tentang bagaimana Nabi berhati-hati tidak mahu mengejutkan kucingnya yang sedang tidur, anda akan menitiskan air mata," katanya kepada NST, sambil menambah Abu Hurairah, seorang sahabat Nabi, mempunyai kucing yang menemaninya ketika beliau membaca Al-Quran.

GAJIKAN KELUARGA SENDIRI JAGA KUCING

Pada 2012, Encik Manan bahkan menggajikan 10 anggota keluarganya untuk menjaga kucing-kucingnya itu.

Beliau berkata beliau mahu memastikan kucing-kucing tersebut dijaga dengan kasih sayang.

"Saya tidak mahu kucing-kucing itu, terutama yang agresif, ditendang atau didera," katanya kepada NST.

Encik Manan menambah beliau bersyukur perniagaannya berjalan dengan baik, dan merancang untuk menempatkan kucing-kucing tersebut di kemudahan baru di Marang - tanah 2 hektar yang menelan belanja RM300,000 (S$97,070).

RANCANG BINA 2 BANGUNAN 2 TINGKAT DEMI KUCING

Kemudian, Encik Manan merancang pula untuk membina dua bangunan dua tingkat yang boleh menampung 5,000 kucing, kemudahan untuk menyimpan makanan kucing, pusat doktor haiwan, homestay, kuarters pekerja, kemudahan kuarantin dan surau yang dijangka menelan belanja RM2.4 juta (S$776,540).

Beliau memberitahu NST, ia dirancang menjadi daya tarikan pelancong dan beliau berharap akan mendapat sokongan dari kerajaan Malaysia bagi projek itu.

Encik Manan sudah mengunjungi pusat perlindungan kucing di tapak 20 hektar di Guangzhou, China, serta Pulau Aoshima di Jepun, atau dikenali sebagai Pulau Kucing, yang dipenuhi kucing yang bebas merayau-rayau.

Beliau juga berkata di Makkah, ada Masjid Abu Hurairah yang dikenali sebagai masjid kucing.

"Saya mahu memberikan kasih sayang kepada kucing dalam cara yang saya mampu. Hati saya luluh melihat haiwan-haiwan itu diberi layanan buruk dan ditinggalkan. Dan apabila kucing sayang anda, ia kasih sayang yang tulus," katanya kepada NST.

SUMBER - BERITA MEDIACORP

CCTV Rompakan Ngeri Bunuh 6 Sekeluarga

$
0
0
CCTV Rompakan Ngeri Bunuh 6 Sekeluarga - Dua suspek rompakan ngeri yang mengurung 11 mangsa hingga mengakibatkan enam maut di Pulomas Utara, Pulogadung, Jakarta Timur berjaya ditahan pihak polis Indonesia.



Kompas.com melaporkan menurut jurucakap polis, Argo Yuwono, mereka ditahan di daerah Bekasi, Jawa Barat, dan walaupun beliau hanya menyatakan mereka dikenali sebagai RB dan ES namun media Indonesia melaporkan nama dua lelaki itu ialah Ramlan Butar Butar dan Erwin Situmorang.

Sementara itu, tribunnews.com melaporkan kedua-dua yang ditahan itu cedera akibat terkena tembakan polis ketika bersembunyi di rumah adik Ramlan di Bekasi.

Pemandu OKU Sukar Masuk Keretanya Sendiri Akibat Sikap Kereta Sebelah Penting Diri Sendiri

$
0
0
Pemandu OKU Sukar Masuk Keretanya Sendiri Akibat Sikap Kereta Sebelah Penting Diri Sendiri - Sifat saling hormat menghormati, juga prihatin terhadap sesama insan sememangnya antara nilai yang pelu ada dalam setiap orang. Ia menunjukkan bahawa kita boleh hidup harmoni antara satu sama lain, dengan saling bertolak ansur walau dalam apa jua keadaan.


Namun begitu, disebabkan adanya sifat tidak ambil peduli, dan pentingkan diri, ada segelintir netizen yang tidak mengendahkan kesusahan orang lain, demi keselesaan diri mereka. Inilah yang berlaku kepada seorang insan kurang upaya (OKU) yang terpaksa berhadapan dengan individu yang kurang peka mengenai OKU.

Menurut saudara Hafiz Hamzahari, dia baru sahaja selesai membeli barang di salah sebuah pasaraya besar di Melaka, dan sewaktu ingin kembali ke kereta, Hafiz tidak dapat memasuki keretanya, kerana kereta Axia yang parkir terlalu hampir dengan keretanya.

“Dah la cari parking punya susah tadi, nak balik boleh pula kena macam ini”, tulis Hafiz di laman Facebook miliknya.

Tambah Hafiz lagi, jika pemandu tersebut tidak inginkan bantuan dari sesiapa tidak mengapa, tetapi janganlah sampai menyusahkan orang lain pula.

“Engkau kalau hidup tak nak bantuan orang tak apa, ni ko menyusahkan orang pula, perangai manusia apa macam ini”, luahnya lagi.

Mungkin disebabkan perkara sebegini, membuatkan OKU di luar sana, tidak mahu untuk keluar, kerana adanya segelintir masyarakat yang berperangai seperti ini.

“Dah la main selit kat tepi tu, benda macam ini la yang buat aku malas keluar, jumpa orang yang pentingkan diri”, tegas Hafiz.

Berikutan itu, ramai netizen di luar sana yang marah akan tindakan pemandu berkenaan, dan meminta pihak berwajib kenankan tindakan buat mereka.

Ramai yang bersimpati dengan saudara Hafiz, dan mendoakan yang terbaik buatnya, dan berharap dia sabar dengan dugaan ini, serta dipermudahkan segala urusannya. Juga agar pemandu tersebut, diberikan hidayah.

Dahla Guna Lorong Kecemasan, Pemandu Starex Tunjuk Samseng dengan Superbike

$
0
0
Dahla Guna Lorong Kecemasan, Pemandu Starex Tunjuk Samseng dengan Superbike - Nampaknya dah hampir jadi kes samseng jalan raya ni. Kenderaan Hyundai Starex tu dahla masuk laluan kecemasan . tunjuk samseng pulak.



Video Dubbing Parodi Terbaru Faradyable - Kisah Pelajar

$
0
0
Video Terbaru Faradyable - Kisah Pelajar - Tahun 2008 macam tu video dubbing bahasa Melayu dari Faradyable memang sangat terkenal. Sesiapa yang memliki henset yang boleh bluetooth pasti pakat-pakat share. Sekarang, beliau akan memulakan kembali recording video tapi sejak Youtube suka ban video yang copyright. Susah la sikit dia nak upload. Ni pun terpaksa dia upload di Facebook Faradyable sebab peminat-peminat dah tak sabar nak tonton video dia.


Akaun Warga Emas Dirompak RM143K Melalui Kad ATM

$
0
0
Akaun Warga Emas Dirompak RM143K Melalui Kad ATM - Seorang jurujual dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam terhadap tuduhan menyalahgunakan kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik seorang suri rumah membabitkan pengeluaran lebih RM143,368.90 pada Mei tahun lalu.



Tertuduh, Rosmalini Rosli, 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhammad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyalahgunakan kad ATM Bank Islam milik Bidah Abdul Rahman, 67, untuk membuat transaksi perpindahan wang RM143,368.90 daripada akaun Tabung Haji mangsa ke akaun simpanan Bank Islam sebelum membuat pengeluaran.

Kesalahan dilakukan di Bank Islam Jalan Sultan Ibrahim, di sini pada jam 4 petang, 17 Mei 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wong Siew Mun menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Budak 9 Tahun Drift Lexus IS

$
0
0
Budak 9 Tahun Drift Lexus IS -  Malam-malam ni tak tau nak buat apa..jumpa video budak ni drift. layan jer la..





Harga Pasaran Ikan Kembong Kuala Kedah

$
0
0
Harga Pasaran Ikan Kembong Kuala Kedah - Akibat kekurangan bekalan susulan berlaku peralihan angin monsun timur laut, harga ikan kembong yang dijual di sekitar Kuala Kedah yang merupakan antara kawasan nelayan utama di Kedah didapati naik mencecah sehingga RM12 sekilo.

Kembong biasanya dijual antara RM6 atau RM7 sekilo.

Harga Pasaran Ikan Kembong Kuala Kedah


"Sekarang kebanyakan peniaga mendapat harga borong kembong antara RM8 hingga RM10 sekilo menyebabkan kami terpaksa menaikan harga jualan supaya mendapat sedikit keuntungan," kata seorang peniaga di pasar Kampung Tebengau, Zulkifli Azizan, 51, kepada Bernama.

Beliau menambah sebelum ini peniaga mendapat bekalan lebih 100 kilogram sehari, namun kini mereka hanya mendapat antara 50 dan 70 kilogram.

Basir Man, 55, pula berkata kekurangan ikan menyebabkan ramai nelayan beralih arah kepada menangkap hasil laut lain seperti sotong dan udang.

"Nelayan akan menangkap sotong pada sebelah malam untuk menyumbang kepada pendapatan mereka yang kian terjejas," katanya.

Seorang lagi peniaga Shafie Abdul Wahab, 55, mencadangkan agar Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) atau Jabatan Perikanan menyediakan stor simpanan ikan di setiap jeti pendaratan supaya hasilnya dapat disimpan ketika berlaku lebihan bekalan.

"Ikan-ikan ini kemudiannya boleh dikeluarkan untuk mengimbangi semula kekurangan bekalan ikan di pasaran," katanya.

5 Langkah Rawatan Tradisional Merawat Bayi Demam

$
0
0
5 Langkah Rawatan Tradisional Merawat Bayi Demam - Selalunya, kalau bayi demam, ibu bapalah yang menjadi doktor pertama mereka. Memandangkan demam adalah antara penyakit yang paling biasa di kalangan kanak-kanak, ibu bapa akan memantau dahulu keadaan anak buat sementara waktu sebelum di bawa ke klinik.

5 Langkah Rawatan Tradisional Merawat Bayi Demam

Tapi, sebagai ibu bapa, mana mungkin kita dapat berdiam diri meilhat bayi terlantar lemah. Jadi, cuba periksa dapur anda sekarang dan lihat bahan mana yang anda boleh gunakan untuk membantu mengembalikan kesihatan mereka.

5 Langkah dalam menyediakan bahan untuk rawatan secara tradisional dalam merawat demam bayi ialah:

1. Bawang Putih

Garlic sock – Pakaikan anak sarung kaki berlubang besar. Ambil sehelai lagi sarung kaki, masukkan bawang putih yg telah ditumbuk sedikit. Tujuan menggunakan 2 lapisan sarung kaki adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan akibat kepanasan bawang putih.

Minyak bawang putih – Panggang bawang putih dgn kulit sehingga keperangan dan kemudian lenyekkan pada minyak. Sapukan minyak ini di dada dan tapak kaki bayi ketika batuk atau selsema. Digalakkan menggunakan minyak zaitun atau minyak kelapa kerana mengandungi bahan semulajadi yang sesuai untuk bayi.

Nota: Pastikan anda mencuba dalam kuantiti kecil terlebih dahulu untuk memastikan bayi tidak alah terhadap bawang putih.


2. Air Lemon / Asam Jawa


Basahkan badan dan kepala – Campurkan pati perahan dalam air kosong dalam nisbah 1:1. Rendamkan kain dan basahkan badan serta kepala untuk menurunkan suhu badan dengan berkesan.

3. Kunyit Hidup


Sapu di hidung – Untuk melegakan selsema, ambil kunyit hidup dan potongkan supaya nampak isinya. Kemudian sapukan bahagian isi tersebut di atas hidung bayi. Walaupun hidung bayi akan kekuningan buat beberapa hari, tetapi ramai ibu yang amat berpuas hati dengan hasilnya.

4. Aloe Vera / Lidah Buaya


Sama ada anda mempunyai tumbuhan ini di rumah atau terdapat yang telah dibotolkan, kedua-duanya amat berguna untuk seisi keluarga! Pati gelnya yang sejuk boleh bertindak untuk menurunkan suhu badan apabila disapu pada bahagian tapak kaki dan dipakaikan stokin.

5. Timun

Kadangkala, bayi diserang demam ketika mula tumbuh gigi. Untuk mengatasi masalah ini, timun juga boleh digunakan sebagai teether untuk membantu bayi anda menyejukkan suhu badan dan juga untuk mengurangkan rasa gatal atau tidak selesa pada bahagian gusi.

Pastikan anda memerhatikannya menggigit supaya tidak tercekik.

Perlu diingat, jika penyakit bayi anda masih berlanjutan pergilah berjumpa doktor. Sesetengah bayi juga mungkin memberi reaksi berbeza pada bahan-bahan yang dinyatakan di atas.

Paling penting, teruskan penyusuan dengan kerap, terutamanya sewaktu bayi anda sakit kerana susu badan mempunyai banyak antibodi yang membantu bayi kembali sihat.

Gambar Sungai Paling Jernih di Dunia

$
0
0
Gambar Sungai Paling Jernih di Dunia, Sungai Terjernih - Bukti kekuasaan Allah Yang Maha Esa terdapat di mana-mana saja, Sungai ini merupakan Sungai Verzasca yang terletak di Switzerland. Ianya dikenali disebabkan kejernihan airnya yang mengalir dari gunung-ganang yang terletak di Pizzo Barone hingga ke Tasik Maggiore. Air sungai yang jernih ini walaupun pada kedalaman 10 meter di dasar sungai, anda masih dapat melihat dengan jelas dasar sungai tersebut. Jambatan yang merentangi sungai ini juga begitu cantik.












Pengajaran Kisah Ibu Marah Anak Yang Terpecahkan Botol Perfume

$
0
0
Kisah Ibu Marah Anak Yang Terpecahkan Botol Perfume - Kasihan. Si kecil Ajim terpecahkan minyak wangi kesayangan ibunya. Si ibu pantas ‘naik hantu’ dan mengamuk. Namun lihatlah betapa tulusnya si anak memujuk. Si ibu sudah hilang kawalan, namun si anak masih tenang berdepan tekanan dan mengusulkan penyelesaian.

Kisah Ibu Marah Anak Yang Terpecahkan Botol Perfume


Diam-diam, Ajim menyelitkan angpau yang berisi semua duit rayanya di celah pintu bilik si ibu. Niatnya cuma satu.. Dia mahu menebus rasa bersalah dengan membayar kos minyak wangi yang dipecahkannya tadi.

Allahu Rabbi! Hati ibu mana yang tidak luluh andai ‘ditegur’ Allah dengan cara seperti ini?


“Saat membaca nota itu, berderai airmata... Meruntun jiwa seorang ibu ini... Habis hilang semua perasaan marah, geram dan kecewa yang bersarang sebentar tadi...Kemudian saya sedar... Hanya kerana benda bersifat sementara saya hampir hilang akal hingga saya hampir saja mengeluarkan kata-kata yang bisa mengguris rasa anak-anak kecil.”


Allah ya Allah.. Mengalir deras airmata saya sewaktu membaca perkongsian Ummu Nurin ini! Ini bukan kisahnya. Ini juga kisah kita. Kisah kelalaian ibubapa dalam mengawal kata.


Saya terkenang kisah seorang ibu yang mengamuk memarahi anaknya bila si anak mencurah air sabun lebihan basuh kereta ke dalam pasu bonsai kesayanganya..


"Aku lebih sayang pokok ni dari kau, tahu!"
Saya teringat kisah seorang ayah mengutuk anaknya.. Tanpa dia sedar, si anak terdengar kata-kata tersebut..


"Itu bukan anak orang. Itu anak anjing!"
Ya Allah.. sungguh kadang kita tak tahu betapa luluhnya hati si anak mendengar kata-kata kita. Ya Allah.. sunguh banyaknya dosa-dosa kita dalam mendidik mereka!


“Mama minta maaf. Tak sepatutnya mama cakap macam tu. Ya Allah.. mama rasa berdosa sangat.”


“Mama minta maaf. Tak betul cara mama pukul awak tadi. Kalau nabi nampak, tentu mama kena marah. Tapi mama hilang sabar. Lain kali jangan buat lagi ya. Mama takut hilang sabar lagi.”


Subhanallah. Saya sendiri pun kadang hilang sabar dengan kerenah anak-anak. Entah berapa kali saya terpaksa meminta maaf dengan anak-anak sendiri. Sungguh. Kadang dalam mengharung keletihan dan kesibukan, sekali sekala kita tersilap juga. Terkeluar juga tindakan yang tidak sepatutnya. Kadang herdikan. Kadang libasan rotan.


Namun sejurus akal mampu berfikir rasional, betulkanlah keadaan. Minta maaf dengan anak-anak kita. Pulihkan semula luka di hati mereka. Insya-Allah. Tindakan meminta maaf sering membantu memulihkan semula situasi.


Anak-anak melakukan kesilapan. Kita juga! Namun jika terlajak kata, ringan-ringankanlah mulut kita meminta maaf . Jangan malu mengakui kesilapan kerana setiap kesilapan menuntut pembetulan!


Ajarlah anak-anak kita menjadi seorang manusia yang sedar bahawa mereka memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, tetapi yang penting ialah kesungguhan mereka untuk membetulkan kesilapan tersebut.


Memang ada kerenah mereka yang menyakitkan hati kita. Tapi antara kita dan mereka, sememangnya kita lebih waras dan lebih dewasa. Maka, sesakit apa pun yang kita rasa, janganlah melepaskan geram dengan cara yang tak sepatutnya. Orang dewasa harus tahu bagaimana mengubati lukanya tanpa menyebabkan orang lain pula yang terluka!


Marilah sahabat, sama-sama kita cuba tanamkan satu tekad. Awasi kata-kata yang keluar dari mulut kita. Jangan ia menjadi doa yang diangkat ke langit tanpa kita sedar. Bilas kesilapan dengan istighfar. Istighfar.


Kami memohon keampunan-Mu ya Allah. Kurniakanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah. Satukanlah hati-hati kami dengan anak-anak kami. Janganlah beban kesilapan kami menjadi asbab kesilapan mereka pula.


Ampunilah kami yang selalu tersilap ini ya Allah. Amin ya Rabbal alamin. Ummu Nurin, terima kasih kerana berkongsi kisah anak soleh Ajim ini. Insya-Allah ia mencetuskan manfaat untuk ibu-ibu seperti saya.

Proton Waja Nyaris Kemalangan, Mungkin Akibat Mengantuk

$
0
0
Proton Waja Nyaris Kemalangan, Mungkin Akibat Mengantuk - Video di bawah menunjukkan sebuah Proton Waja yang hampir sangat-sangat untuk eksiden.




Nasihat untuk anda : Jika terlalu mengantuk, pastikan anda berhenti berehat dan tidur dahulu agar badan menjadi segar dan anda boleh sambung perjalanan anda selepas itu.

Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket"

$
0
0
Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket" - Sudah lama rasanya tak join segmen dari blogger-blogger hebat. Waktu tahun 2010 dengan 2011, saya banyak la join segmen dari blogger Ben Ashaari. Saya kenal blog Hasrul Hassan ni sejak blog ni nama dia Bangku Kosong. Kalau nak minta tips dan nasihat berkaitan blogspot memang saya cari Abang Hasrul Hassan ni. Soalan macam mana pun pasti berjawab. Ok, selesai sesi pengenalan yang serba ringkas ni. Sekarang trafik blog ni rendah sebab jarang update sebab tak sempat dan baru bertukar domain beberapa hari lepas.

Cara nak join anda bolehlah klik banner di bawah ini.

Segmen Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket


Untuk blog post yang saya nak trafik banyak ialah - http://www.depalmasp.com/2014/01/wanita-solat-di-rumah-atau-di-masjid.html

Kalau ada yang nak sertai jugak, silakan ikuti syarat-syarat yang tertera di bawah:

  1. Peserta mesti ada blog.
  2. Peserta diwajibkan untuk buat satu post ringkas dengan meletakkan banner segmen ini dalam post berkenaan. Banner tersebut mesti link ke blog/post asal segmen.
  3. Dalam post tersebut, sila letakkan satu URL blog post anda yang anda mahukan trafik meroket. 
  4. Wajib untuk LIKE page HASRULHASSAN.COM (klik sekarang dan LIKE)
  5. Wajib untuk LIKE page BISNES ONLINE TANPA MODAL (klik sekarang dan LIKE)
  6. Wajib untuk FOLLOW Google Profile Hasrul Hassan (klik dan FOLLOW)

Kisah Makcik Jual Kuih Yang Menyentuh Perasaan

$
0
0
Kisah Makcik Jual Kuih Yang Menyentuh Perasaan - Kisah ni saya jumpa di laman sosial Facebook menceritakan seorang gadis yang ingin membeli kuih di tepi jalan. Ikuti kisah selanjutnya di bawah.

"Makcik, bagi kuih ni 2, yang ni 3," kata Nora.

"Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga ringgit?" tanya makcik itu.

"50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?" tanya Nora secara berseloroh. "Bolehlah, saya tambah lagi satu biji."

Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan ke dalam plastik kecil berwarna kuning.

Kisah Makcik Jual Kuih Yang Menyentuh Perasaan


"50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik," jawab makcik itu.

"Ye ke ni cik?" tanya Nora semula.

"Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana," jawab makcik.

Makcik itu menghulurkan beg plastik kuning berisi 6 biji kuih itu kepada Nora.

"Adik agak pukul berapa makcik start buat kuih tu?" tanya makcik itu.

"Tengahari, dalam jam 11 macam tu," agak Nora.

"Makcik buat seorang, dari pukul 10 pagi," jawab Makcik tu. "Dalam pukul 3.30 dah kena siap semua, pukul 4 makcik dah ada dekat sini bukak gerai, selalunya dalam 6.30 makcik dah kena tutup, sebab anak-anak nak balik sekolah," beritahu makcik itu.

"Sekarang pukul berapa ni dik?" tanya makcik itu lagi kepada Nora.

"5 suku," jawab Nora.

"Adik pelanggan kedua makcik hari ni," jawab makcik itu. "Berapa ringgit makcik untung jualan atas adik? RM1, RM1.20."

Nora diam sahaja.

"Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga," kata makcik itu sambil mengangkat jari. "Katalah makcik untung dengan dia RM1.00. Dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru untung RM2.20."

Tak pernah Nora terfikir semua itu sebelum ini.

"Dulu makcik jual goreng pisang, yang tu untung dia banyak sikit, tapi lepas anak makcik dah masuk sambung belajar, makcik tak larat nak buat," beritahu makcik tu. "Tu kuih ketayap yang adik beli tu, berapa lama adik rasa satu biji kuih tu nak siap?"

"Sejam lebih," agak Nora lagi. "Nampak macam leceh nak membuatnya tu. Maaf makcik, saya nak tanya, kalau tak untung, kenapa makcik meniaga?"

Makcik itu merenung muka Nora.

"Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu, kalau makcik tak meniaga, siapa lagi yang nak meniaga kuih Melayu," jawab makcik itu. "Makcik suka meniaga. Lagipun makcik bukan pandai buat benda lain dah sebenarnya. "

Makcik itu menyusun bekas-bekas kuih yang ada, "tapi maaflah dik takut adik terasa, makcik nak kata, orang Melayu kita sekarang ni pelik dik."

Nora terdiam tertanya-tanya. "Pelik macam mana tu Cik?"

"Orang kita makan donut sebijik RM3 tak apa, sushi sebijik RM2 tak apa, tapi bila cerita pasal kuih tepi jalan, 50 sen sebiji, mahal," Makcik itu senyum.

Nora terdiam lagi.

"Adik pernah cuba buat kuih orang kita?" tanya makcik itu tiba-tiba.

"Tak pernah lagi, kuih bahulu ada la saya cuba buat masa raya dulu," jawab Nora.

"Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai siap?" tanya makcik tu.

Nora hanya diam. Terkenang penat dan lenguh tangannya memukul telur.

"Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah," kata makcik itu. "Tapi makcik sedih tengok orang kita, yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada."

Nora diam sahaja mendengar. Dia hanya merenung melihat makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang dibawa.

"Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik 2 ringgit, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua," kata makcik tu.

"Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih-kuih ni dekat adik?" tanya makcik tu.

"Kalau makcik mati nanti, anak-anak makcik semua dah tak mau buat kuih. Yang perempuan pun tak minat nak belajar macam mana, nanti-nanti takkan la semua orang Melayu nak makan sushi dengan donut aje hari-hari?" Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora.

"Eh, makcik, ni kan duit kuih saya," kata Nora.

"Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan," jawab makcik itu.

"Kenapa pula makcik?" tanya Nora kehairanan.

"Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita," jawab makcik itu.

"Saya mampu makcik," balas Nora.

"50 sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah tu," kata makcik itu tersenyum, ikhlas.

DIALOG YANG MEYENTUH PERASAAN

# kalau rasa 50sen tu mahal jangan beli
# kek secret resepi mahal.. boleh beli
# harga berpatutan dh, jangan pertikai
# tolong hargai susah payah orang yg buat
# cuba buat sendiri agak2 dpt ke seketul 20sen
# beli kt pasaraya tak minta kurang pon.
# dh murah nk murah lagi

SUMBER

Pusat Servis DiGi di Sibu Diserang Seorang Lelaki (VIDEO)

$
0
0
Video Pusat Servis DiGi di Sibu Diserang Seorang Lelaki, Digi Center di Sibu Diserang Lelaki Amuk - Di bawah terdapat satu video dan ulasan akhbar Berita Harian mengenai Digi Service center yang diserang seorang lelaki akibat ketidakpuasan hatinya terhadap servis DiGi. Silakan baca laporan akhbar Berita Harian di bawah.

Pusat Servis DiGi di Sibu Diserang Seorang Lelaki, Digi Center Digi di Sibu Diserang Lelaki Amuk

Berang apabila kredit telefon prabayar susut RM4 setiap hari, seorang lelaki mengamuk dengan memecahkan pintu kaca dan beberapa telefon bimbit di dua cawangan sebuah syarikat telekomunikasi di bandar ini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahari Abdullah, berkata lelaki berusia 30 tahun itu pada mulanya bertindak merosakkan premis di Jalan Wong King Huo pada jam 1.45 tengah hari.

Lelaki itu kemudian memecut kenderaannya ke sebuah lagi pusat khidmat syarikat telekomunikasi sama di Jalan Keranji dan memecahkan pintu hadapan premis berkenaan.

"Polis berjaya menjejaki suspek yang bekerja di sebuah pusat hiburan di sini dan menahannya di sebuah lokasi di Jalan Belian pada jam 5 petang tadi.

"Kayu golf yang digunakan untuk merosakkan premis itu turut dirampas dan suspek ditahan untuk tindakan lanjut," katanya.

Saiful Bahari berkata, siasatan awal mendapati dia mengamuk hanya kerana tidak berpuas hati kerana mendakwa kredit prabayarnya berkurangan sebanyak RM4 setiap hari.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, pengawal keselamatan di sebuah premis berkenaan, Kumbang Empera, 54, berkata serangan itu berlaku dengan pantas dan dia turut tercedera di belakang telinga kanan.

"Ketika kejadian, saya menyangka lelaki itu adalah pelanggan biasa. Saya melakukan rutin biasa membuka pintu untuk pelanggan tetapi belum sempat saya buka pintu, suspek menghayun kayu golf ke pintu kaca premis ini.

"Saya tidak sempat mengelak dan serpihan kaca itu terkena belakang telinga sehingga luka sedikit," katanya ketika ditemui di premis itu.


Malaysia Umum Cuti 24 April

$
0
0
Malaysia Umum Cuti 24 April - Alhamdulillah..ada jugak cuti untuk bulan April ni, Kenapa diumumkan cuti 24 April ni?Sebabnya..jeng..jeng..jeng..



Kerajaan memutuskan tarikh 24 April (Isnin) diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pengisyiharan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya, bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri berkenaan diminta mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing.

"Kerajaan akan mengadakan dua acara utama sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang dilantik pada 13 Disember 2016 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan 12 Disember tahun lalu.

"Pada pagi Isnin, 24 April, Istiadat Pertabalan akan diadakan di Balairung Seri Istana Negara manakala pada sebelah malamnya Majlis Santapan Diraja di Dewan Santapan Istana Negara.

"Di samping itu, Bacaan Yassin, Doa Selamat dan Solat Hajat akan diadakan pada Khamis, 20 April di Masjid Putra, dan Pameran Raja Kita akan diadakan pada Selasa, 2 Mei di Muzium Diraja (Istana Negara lama)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Adakah Peluang Untuk Jawatan Safety Officer Masih Luas ?

$
0
0
Adakah Peluang Untuk Jawatan Safety Officer Masih Luas ?, "Malaysia Perlukan Lebih Ramai Safety Officer" kata NIOSH. - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) menggesa majikan di seluruh negara untuk melantik lebih ramai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan  (SHOs).

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kekurangan SHOs disebabkan oleh peningkatan dalam saiz tenaga kerja dan percambahan projek pembangunan baru di seluruh negara.



"Negara kita memerlukan sekurang-kurangnya 9,000 SHOs, tetapi berdasarkan kepada rekod dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), hanya 5984 SHOs berdaftar menerima lesen mereka tahun lepas," katanya.

Lee berkata bahawa laporan terkini mendapati lebih daripada 14 juta pekerja di negara ini pada tahun lepas dan angka itu dijangka meningkat.

"Bilangan pekerja dijangka meningkat dengan ketara, dengan kemajuan pelbagai projek mega seperti Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang di Johor, Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak, Rail Line Pantai Timur dan Keretapi Berkelajuan Tinggi Singapura-KL.

"Kita mesti mencari jalan untuk menggalakkan majikan untuk membantu mencari SHOs, kerana mereka perlu mendapatkan sijil mereka dari penyedia latihan yang diperakui seperti NIOSH, dan mengumpul sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman sebelum mereka boleh memohon lesen dari DOSH," katanya selepas merasmikan pelancaran awal Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH) Pekerjaan di ibu pejabat NIOSH di Bandar Baru Bangi di sini, pagi ini.

Antara yang hadir ialah Pengarah NIOSH eksekutif, Zahrim Osman, dan Setiausaha Eksekutif, Ayop Salleh.

Sumber: NST

Teknik Jimat Data dan Bateri Buat Pengguna IOS

$
0
0
Teknik Jimat Data dan Bateri Buat Pengguna IOS - Assalamualaikum, perkongsian kali ini saya dapat dari Bob SB mengenai tips jimatkan data internet dan bateri IOS korang. Mesti korang nak tau sangat-sangat kan caranya.

Ikuti gambar di bawah dan selamat mencuba.





Kalau dah buat, apa kata korang pulak share dekat wall korang untuk bagi kawan-kawan korang yang guna IOS ni pun dapat jimatkan data dan bateri diorang.

Kelebihan Mandi Sebelum Subuh Pada Tubuh Kita

$
0
0
Kelebihan Mandi Sebelum Subuh Pada Tubuh Kita, Advantages of Bathing Before Fajr - Salah satu cara terbaik membersihkan kotoran serta menyegarkan badan adalah dengan MANDI. Tetapi, ramai masih kurang tahu bahawa mandi sebelum waktu Subuh banyak manfaatnya kepada tubuh manusia.

kelebihan mandi sebelum subuh


Terdapat 6 kelebihan apabila kita mandi sebelum subuh, antaranya:
There are likely six advantages when we bath before Fajr which are:

1 - Meningkatkan sel darah putih (Increases white blood cells)
Apabila mandi dengan air sejuk, peningkatan sel darah putih terjadi dalam tubuh badan. Jumlah sel darah putih yang banyak dapat meningkatkan daya tahan penyakit dan tubuh boleh melawan virus tersebut, Oleh itu, kita tidak mudah dijangkiti sebarang penyakit.

2 - Mengurangkan risiko darah tinggi (Reduces the risk of high blood pressure)
Bagi sesiapa yang telah menghidap penyakit darah tinggi, cara ini sedikit sebanyak salah satu cara yang dapat mengurangkan penyakit ini. InsyaAllah dengan izin Allah, penyakit ini boleh sembuh jika diamalkan setiap hari.

3 - Kulit lebih lembut dan halus (The skin become soft and smooth)
Jika boleh, anda perlu elakkan menggunakan alat pemanas air sewaktu mandi sebelum Subuh kerana ianya dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Kuku anda juga akan menjadi sihat, kuat dan tak mudah retak. Tambahan lagi, kulit anda akan lebih lembut dan halus.

4 - Mengurangkan tekanan serta menjadi lebih tenang (Reduce depression and become more calm)
Air yang sejuk dapat melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring (tidur). Buat anda yang mengalami kemurungan (depression), inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat anda untuk mandi pada waktu sebelum Subuh.

5 - Meningkatkan kesuburan (Increase the rate of fertility)
Kesihatan tubuh manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi awal pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan estrogen untuk wanita.

6 - Melancarkan peredaran darah (Enhance blood circulation)
Jika peredaran darah dalam tubuh kita lancar, maka tubuh badan kita akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah, anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih langsung
Viewing all 35 articles
Browse latest View live